Hari ini
P opis..buka PC...OPPPSSSS!!! semua kerja ku hilang... ya Allah... tiada backup! Apa lagi yang perlu aku buat? aku buntu..aku mengadu kepada My Prince..Tapi sama juga...malah kami jadi berantakan... Stersssnya aku...Tolong lah Ya ALLAH... Aku menangis... menangis dan menangis... Entah mahu buat apa d sini?
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
AKu semakin tidak mengerti..
Perangai ku semakin pelik...entah kenapa...adakah kerana pembawaan hamil..? atau hanya aku yang terlalu banyak berfikir?Entah la..tapi aku semakin curiga denganmu..curiga yang amat mendalam..entah..apa sebenarnya yang terjadi..
Aku keliru dengan sikap ku sendiri..semakin aku cuba untuk mempercayaimu semakin kuat hati ini curiga.. aku semakin pasrah dengan diri ku..mampukah aku bertahan untuk hidup bersama mu?? sekiranya aku seringkali berkata-kata sendiri? ya Allah bantulah aku..aku buntu..
Aku cinta kan dia..tapi dalam masa yang sama aku juga sukar untuk mempercayai dia.. aku takut semua ini maenjadi kenyataan..aku takut untuk ditinggalkan sekali lagi..aku terlalu takut untuk di khianati sekali lagi..aku semakin gusar..sekiranya aku tahu aku akan menjadi curiga begini..lebih baik aku tidak terusakan..ada baiknya aku menjalanai hidup sendiri..tapi mampukah aku?? sedangkan aku amat mencintai diri mu?Jika aku mampu mengundurkan masa..pastinya aku akan pergi jauh dari hidupmu..kerana aku tidak mahu kau tersiksa dengan sifatku yang pendendam ini..ya Tuhan,... aku semakin sarat dengan bermacam2 curiga.. ingin ku pergi jauh untuk seketika..tapi keadaan diri ku tidak mengizinkan aku..
Aku terikat dengan cinta mu..
Wednesday, June 22, 2011
11 September 2011
Lamanya aku tidak memblog..rasanya sudah hampir 5 bulan... ada berita gembira yang ingin ku sampaikan.. aku kini mengandungkan kan anak suami ku yang tercinta Mohd Salleh Bin Usli.,dia mengimpikan agar anak yg kukandungkan anak lelaki... syukur alhamdulillah..selepas aku scan..aku dapat tahu...baby ku lelaki... gembira nya suami ku..bila mengetahui aku mengandungkan anak lelaki nya..tidak sabar kata nya untuk melihat baby yang bakal ku lahirkan ini. Tarikh bersalin aku pun cukup indah sekali 11.11.2011.. cantik kan,... aku sering berdoa semoga anak dalam kandungan ku ini sempurna,dan selamat...
Risau juga... bila fikirkan kesakitan ketika bersalin nanti..tapi ini lah bukit kasih sayang aku kepada suami ku yang tersayang... dan inilah hasil cinta kami.. kini kandungan ku berusia 19 minggu 5 hari... 5 bulan lebih..dan bulan depan akan memcecah ke angka 6 bulan... aku juga tidak sabar menanti kelahiran bayi ini...
Namanya pun ada.. Adam Hayyi.. Nama Hayyi tu aku dapat dari mimpi.. Dan nama Adam tu telah lama aku suarakan kepada suami ku... di awal perkhawinan kami.
Semoga Allah memberkati kami sekeluarga...
Thursday, May 12, 2011
keliRu..dEngan siKap mU..
Malam ini ku lihat kau amat lena tidurmu.sehingga melupakan aku yang di sebelah mu, yang hanya mampu memandang mu..kerana kau baru saja melukakan hati ini...sungguh aku tidak menyangka...namun aku pasrah. Aku teringat cerita lama..air mata menitis tanpa ku pinta..jika sekali ini kau sudah berani melukakan hati ku aku tidak pasti pada masa akan datang ada kah kau akan pertahankan hati ku atau kau hanya mementingkan diri dan perasaan mu sahaja?
Entah..aku semakin keliru..jika malam ini aku menangis dengan ditemani oleh kesunyian malam..kuharap esok aku akan menangis dibahu..walaupun aku tidak terlalu mengharap..kerana sejak kebelakangan ini, aku senang bersendirian..walau pun engkau ada...
Aku semakin pasti dengan hati ku...senangnya hidup tanpa hati yang terluka... tapi mampukah kau? biarlah hanya masa yang akan menentukan segalanya....
Terima kasih kerana menyayangi aku.....
Entah..aku semakin keliru..jika malam ini aku menangis dengan ditemani oleh kesunyian malam..kuharap esok aku akan menangis dibahu..walaupun aku tidak terlalu mengharap..kerana sejak kebelakangan ini, aku senang bersendirian..walau pun engkau ada...
Aku semakin pasti dengan hati ku...senangnya hidup tanpa hati yang terluka... tapi mampukah kau? biarlah hanya masa yang akan menentukan segalanya....
Terima kasih kerana menyayangi aku.....
Friday, March 11, 2011
haRi ini..
seperti biasa aku ke ofice...office,,,hati tenang.mgkin kerana hari ini adalah Jumaat yg hebat..huuu.... selepas beberapa tahun,baru smlm aku ada keberanian untuk menceritakan masa lalu ku di blog ku.. aku tenang selepas meluahkan nya... ermm tapi cerita itu belum habis.. terlalu banyak lagi..tapi rasanya tidak baik lah aku menceritakan keburukan org yg tiada kaitan lagi dgn hidupku... kerana aku ingat ayat..mungkin firman atau sunnah aku pun tdk pasti....
"barangsiapa yg menyembunyikan keburukan org lain...maka di hari akhirat nanti akan di tutup juga keburukan nya.." kerana itu biar la semua itu menjadi rahsia ku...
Apa pun aku tenang skg...kerana sudah mampu menceritakan pengalaman hidup ku ini... :)
Thursday, March 10, 2011
Ada Hikmah Di Sebalik Setiap Kejadian...
Aku tidak pernah melalui usia remaja ku...kerana dlm seusia yg begitu muda aku telah bergelar seorg ibu kepada seorg bayi perempuan yg ku nama kan Nur Izzati Nazwa....ketika itu usia ku baru menjejak 18 tahun...aku begitu berhati2 melalui semua itu..sehinggakan aku mengobankan usia remaja ku..
Ketika usia ku berganjak pula ke 19 tahun aku di kurnia kan seorang lagi anak lelaki...dan ku namakannya Mohd Shahril Izat..pada masa itu aku hanya terfikirkan kedua anak ku..walau pun dlm seusia sebegitu...aku tetap tabah mengharungi semua itu sebagai, seorang ibu..pada masa itu aku rasakan disitu lah dunia ku selama-lamanya... aku juga mengabadikan diri ku kepada seorang lelaki bergelar lelaki... sedaya upaya aku menghormati dia sebagai seorang suami...
Sebagai seorg isteri ku turutkan segala kata sang suami...walau dlm hati ku memberontak..tapi aku tetap menurut...niat hati ingin berbahagia..walau pun hati bersedih,..tapi benarlah kata org...panas tidak semestinya smpi ke petang.. aku kecundang..sang suami mengabaikan ku..aku ditinggalkan di rumah keluarganya..sementara dia di luar berfoya-foya..tapi alasan berkerja mencari nafkah membuatkan aku buta...percaya segala kata2nya..sehinggalah kakak ipar ku membongkar segalanya... Dunia ku menjadi gelip gelita sekelip mata..aku hilang punca..melihat anak2 aku hanya mampu mengalirkan air mata... Campurtangan keluarga menambahkan lagi penderitaan ku.. aku di arah meninggalkkan sabah...aku pergi seketika...dan meninggalkan anak2 ku..alasan ibu mertua ku..agar aku senang melupakan masalah ku..tapi semua itu hanya omongon kosong... aku menjadi semakin teruk,tiada kata yang mampu ku pertuturkan ,hanya berdiam sepanjang hari..menangisi nasib ku..aku semakin keliru..sehinggakan aku tidak mampu berbuat apa apa pun..menyuap nasi ke mulut ku saja aku tidak mampu... benar-benar kiamat dunia ku, aku rasakan... aku menjadi prajudis terhadap gelak ketawa.. aku hanya termenung,menangis dan termenung..tiada lagi gelak ketawa menghiasai bibirku..hidup ku gelap gelita hanya kerna seorang lelaki yang amat aku percayai.. tidak ku sanggka madu yang ku beri ...racun yg di balasnya.. aku menjadi pendiam..sepanjang tempoh itu aku hanya memikirkan diri ku dan anak-anak ku... aku benar-benar terkesima dengan segalanya..tidak ku sangka usia ku yg semuda itu yang telah ku perjudikan di sia-sia kan begitu sahaja... Setahun lebih rupanya aku menangisi nasibku tanpa ku sedari... benar-benar setahun lebih aku menjadi pendiam dan tidak pernah tersenyum...aku benar-benar tidak sedar... sehinggalah... aku disedarkan oleh mama ku..memang benar..kasih ibu sampai ke syurga... ibu yg menerima aku dlm keadaan aku sebegitu... ibu pernah berkata.."hari pertama dia mengambil mu,sebagai seorg isteri,mama begitu gembira melihat senyuman di bibir mu nak.. ku sangkakan tanggungjawab ku telah berakhir...tapi bila mama terima kau dlm keadaan sebgini rupa..hati ibu mana yg tidak hancur melihat anak yg di kandungnya menderita sebegini rupa..lebih menderita dari kehidupan yg pernah di lalui mama..ya Allah sampai hati dia membuat anak ku sebegini rupa.."Air mata ibu bergenang.. aku terkesima..rupanya keadaan ku yg sebegini rupa telah menghancurkan hati mama ku... ku kira hanya aku yg merasa penderitan ini... mama ku berkata lagi "kemana kah senyuman dan gelak tawa anak ku selama ini...kembalikan anak ku yg dulu..ini bukan anak ku ya Allah..." Mama menangis lagi.. alangkah sedihnya hati mama melihat ku sbegini...baru ku tersedar..aku rupanya sudah terlajak jauh mengikut arus perasaan...kasihan mama ku,hati ku berkata-kata,'ya Allah..rupanya aku telah hanyut jauh' baru pertama kali ini aku memikirkan perasaan org lain setelah setahun lebih aku hanyut dalam kesedihan ku sendiri... Aku berusaha untuk kembali menjadi ceria..tapi aku tidak tahu harus bermula dari mana... mama ku tidak berputus asa...dia mengirim aku ke satu tempat untuk berubat..di sana semangat ku di kembalikan kan... aku dipulihkan semula...agak lama juga untuk aku kembali seperti dahulu... tapi mama dan keluarga ku bersabar... sehinggalah aku kembali membuka mulut untuk bercakap dan tersenyum walau sedikit.. namun itu cukup menghiburkan hati mama ku... selepas kejadian itu,aku berkerja d sebuah hotel terkemuka.. aku berhadapan dengan berbagai-bagai bangsa setiap hari... Setiap hari juga aku kena mempamerkan senyuman..walau air mata bergenang aku tetap harus mempamerkan senyuman.. aku harus membiasakan kembali diri ku dengan senyuman...rupanya itu salah satu latihan untuk aku kembali berdiri.. aku mula belajar menghias diri.. dan tersenyum tanpa paksaan.. rupa nya dunia ku masih belum kiamat.... aku masih ada ruang d bumi ini,walau pun aku tidak mengharapkan bahagia datang kembali.. aku sama sekali tidak memikirkan kebahagiaan..aku cuma mengharap agar aku dapat kembali bersama anak-anak ku.. setiap hari aku berdoa..semoga anak ku di kembalikan kepada ku...namun semua itu hanya mimpi ku.. aku belajar mengawal perasaan, aku mula ketawa..tersenyum.. dan akhirnya aku mula pandai membuat org lain ketawa.. di sebalik senyuman ku yg amat jarang di lihat oleh rakan sekerja,aku menjadi perhatian.. aku merasa begitu pelik bila aku di perhatikan ke mana saja aku melangkah...aku bertanya kepada seorg kawan baik ku.. "Sipi..kenapac org selalu pandang aku lain..ada yang tidak kena dgn diri aku ke...?"
kwn ku menjawab.."p tengok cermin sambil tersenyum,..perhatikan betul-betul..." aku menurut..
bukan memuji..rupanya senyuman ku manis.. tapi selama ini aku tidak menyedarinya kerana aku leka dengan kesedihan ku..aku berkata dalam hati 'oh... senyuman ini rupanya yg mama ku ingin lihat..' aku kembali tersenyum sendiri... kali itu aku sudah pandai mengawal perasaan ku..tiap kali aku di rundung kesedihan..aku mengadu kepada-Nya. aku menjadi tenang...Aku menjadi seorang yg tabah.. anak2 tetap di dalam hati ku walau aku tidak dapat bertemu dengan mereka kerana di halang oleh bekas suami ku... pernah aku hampir mati, di parangnya,bila aku meluahkan hasrat untuk mengambil anak2 ku pada hari raya tahun pertama aku bergelar JANDA,aku benar2 tidak menyangka dia akan berbuat begitu...mereka itu juga anak-anak ku... aku yg melahirkan..tapi perkataan yg terkeluar dari mulut bekas suami amat memedihkan aku... " ko tu hanya kilang untuk melahirkan anak-anak aku.., ko tiada hak terhadap mereka..ko yg tinggalkan mereka.. ko tu yg menyundal..aku tidak pulang ko terus lari dri rumah,tinggalkan anak2..skg ko maw ambil mereka??aku bunuh ko klu ko berani ambil.."
Ya Allah..tahukah dia kenapa semua ini berlaku..?? kenapa aku di persalahkan.. mungkin memang benar salah aku tinggalkan anak2 ..tapi semua tu nasihat dari mertua ku..dia tahu kah kenapa aku lari meniggalkan dia?? kerana dia sudah lupa tanggung jawab dia.., dia tahu kah,aku begitu menderita kerana perbuatan dia?dia tahu kah, kenapa aku tega meniggalkan anak2 ku? kerana aku benar2 hilang arah.. aku benar2 tidak dapat menguruskan diri ku apa lagi anak2 ku.. skg setelah aku boleh bangun semula dia ingin memusnahkan lagi semangat ku..aku tidak akan benarkan semua itu terjadi.. aku hanya mendiamkan diri ketika dia menuduh aku sedemikan rupa..biarlah hanya Allah saja yg tahu.. mertua ku pun hanya mampu mendiamkan diri,langsung tidak membela.sedangkan dia tahu,aku pergi kerana nasihatnya.. aku tinggalkan anak2 ku kerana nasihatnya..tapi dia sedikit pun tidak membela ku.. ya Allah,ini lah kesilapan kedua terbesar ku.percaya sebulat2 nya kpd org yg tidak pernah merestui perkahwinan ini...kebahagiaan ku hancur.anak2ku di rampas begitu sahaja..aku menjadi kosong sekosong kosongnya..mungkin kamu tidak pernah merasa bagai mana rasanya hidup yg benar2 kosong..
Tapi tidak apa..aku mengawal perasaan ku..aku pergi dari rumah mertua ku dengan perasaan sebal.. air mata hanya ku tahan.. Ku pekakkan telinga dari tangisan kedua2 anak ku.. aku menahan perasaan mendengar mereka memanggil aku "mama....mamaaaa.....mamaaaaa...."
hati ibu mana tidak tersentuh mendengar tangisan itu...tapi aku sedaya upaya untuk berpura2 tidak mendengar...tiada setitik pun air mata ku yg mengalir..mama hanya memandangku sayu.. aku hanya mampu berkata..biar la..Hari raya ku kosong...tiada makna...sendirian aku ketempat di mana pernah anak2ku bermain...aku mengimbas kenangan di sana..pantai yg pernah tempat anak2 ku bermain..di sana bersama deruan ombak yg begitu kuat..aku menjerit..air mata ku mengalir laju..terngiang2 di telinga ku suara anak2 ku menangis... air mata ku semakin deras..ku kira aku sudah begitu kuat menghadapi semua itu,rupa-nya tidak.. tapi aku bersyukur...tidak menangis di hadapa n keluarga ku.. biarlah air mata ini menjadi milikku sendiri..aku memendam hati.. ku lepaskan semua perasaan sedihku bersama angin pantai dan deruan ombak..sehingga aku benar2 tenang.
Aku pasrah dengan nasib ku..aku mula belajar mempercayai...
"Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yamg berlaku..."
Salam Sayang buat anak2 ku...walau mama tidak dapat bersama kalian..namun mama tidak pernah melupakan kamu walau sedetik pun...
Thursday, January 20, 2011
Wednesday, January 19, 2011
Begitu indah pengalaman itu
Ketika dirimu melekat sebagian hatiku
Ada yang kuharapkan darimu
Semoga cinta berpihak padaku
ooo...ooo...ooo
Tak terasa kau penuhi pikiranku ke dalam mimpi tak bertepi
Hingga aku benar-benar terluka
saat ku mengerti rasa kita tak sama
aku memang tak bisa memiliki dan tak bisa mencintai
Coda:
Semua kisah manis tentang dia
aku bukan pilihan yang tepat
untuk ini cinta dan hatinya
walau ketulusan yang ku beri untuk nya
Tak terasa kau penuhi pikiranku ke dalam mimpi tak bertepi
Hingga aku benar-benar terluka
saat ku mengerti rasa kita tak sama
aku memang tak bisa memiliki dan tak bisa mencintai
Subscribe to:
Posts (Atom)





